Berita Menarik

Program Pemantapan Tatakelola Dan Antirasuah Dalam Perolehan Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat, Selangor

KLANG, 7 Mei – SPRM Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat telah menganjurkan Program Pemantapan Tatakelola Dan Antirasuah Dalam Perolehan bertempat di Bilik Seminar, Whydham Acmar Hotel Klang.

 

 

Program dimulakan dengan taklimat antirasuah disampaikan oleh PPj Rosmadi bin Kasim bertajuk ’Pemantapan Tatakelola dan Antirasuah Dalam Perolehan Kerajaan’ kepada 30 orang pegawai dan kakitangan pentadbiran PDT Kuala Langat  yang terlibat dalam pengurusan perolehan.

 

 

Program diteruskan dengan taklimat berkaitan Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Akta SPRM 2009 disampaikan oleh Ps Mohamad Izzat bin Mhd Noor yang menekankan tentang kesalahan yang sering berlaku di kalangan penjawat awam.

 

 

Para peserta juga telah diberi pendedahan beberapa contoh kes sebenar yang pernah berlaku melibatkan isu perolehan dan peserta menterjemahkan kefahaman mereka dengan membuat pembentangan bagi tujuan perkongsian bersama.

 

 

Objektif program adalah bagi membantu warga PDT Kuala Langat untuk mengenalpasti risiko-risiko rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan demi mewujudkan pengurusan tatakelola baik.


Hit : 305