Berita Menarik

Kursus PLTDP Tingkatkan Aspek Kepimpinan Pegawai SPRM

Kuala Lumpur, 6 Mei - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki menyifatkan Kursus “Premier Leadership Transformational Development Programme” (PLTDP) mampu memantapkan aspek kepimpinan dan budaya kerja di Suruhanjaya ini.

 

“Pemimpin adalah sebagai pemacu orang bawah ke arah kerja yang lebih cemerlang. Untuk itu, kita perlu mewujudkan budaya untuk mencapai kejayaan sebagai kepuasan diri sendiri terlebih dahulu, disusuli dengan organisasi dan negara.

 

Beliau berkata, selain "close monitoring", pembudayaan kerja yang santai mengupayakan idea fikiran yang baik dan kreatif.

 

Tan Sri Azam turut menyeru semua warga SPRM untuk bertindak menerusi perubahan pemikiran dan kaedah bekerja, seiring dengan perkembangan teknologi dan pembaharuan yang berterusan.

 

“Bukan sekadar dengan membangunkan pelan strategi, tetapi apa yang lebih utama adalah pelaksanaan kepada strategi-strategi tersebut," katanya ketika berucap merasmikan kursus PLTDP di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

 

Sementara itu, beliau turut mengingatkan agar sentiasa wujudkan kerjasama yang baik dan mengelakkan suasana tegang dengan agensi-agensi lain.

 

Seramai sembilan orang peserta terdiri daripada Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri SPRM telah terpilih untuk menghadiri kursus tersebut bagi memenuhi salah satu syarat dalam pengesahan jawatan Gred JUSA C di SPRM.

 

Turut hadir Pengarah MACA, Dato' Hj. Idris Zaharudin.


Hit : 245