Panduan memberi maklumat yang berkualiti

  1. Pastikan maklumat yang diberi adalah di bawah bidang kuasa SPRM. SPRM hanya boleh bertindak ke atas maklumat yang di bawah bidang kuasanya.
  2. Memberikan maklumat yang menjurus dan tidak terlalu umum. Kumpulkan maklumat dan sampaikan isi penting seperti :panduan
  3. Sertakan nama dan maklumat perhubungan anda. SPRM menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi adalah lebih baik sekiranya kami dapat menghubungi semula anda bagi membantu kami bertindak dengan cepat dan lancar. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Anda juga boleh mengetahui status maklumat anda melalui Sistem Pengurusan Aduan sekiranya anda menyertakan nama dan maklumat seperti emel atau nombor telefon mudah alih.
  4. Jangan khuatir. Anda dilindungi. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Pengurusan Maklumat Rasuah di SPRM

  1. Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti :
    • Maklumat yang berunsur rasuah atau tidak.
    • Maklumat yang boleh diambil tindakan atau tidak.
    • Orang yang ditohmah boleh dikesan/ dikenalpasti atau tidak
  2. Selepas proses saringan, maklumat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-Pengarah Bahagian tertentu.

Kenapa Memberi Maklumat

  • Birokrasi, ketidakadilan, kemusnahan dan berbagai lagi kesan buruk rasuah kepada anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. 
  • Membantu mengurangkan ketirisan yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat.
  • Setiap orang wajib melaporkan seperti dinyatakan di dalam Akta SPRM 2009.
TOP

alamatpejabat
Datang ke pejabat SPRM yang terdekat.
Senarai Alamat Pejabat

portaladuan
Melalui Sistem Pengurusan Aduan @ CMS
Portal Aduan

alamat-emel
Menulis emel maklumat rasuah kepada:
info[at]sprm[dot]gov[dot]my

sms
Hantarkan SMS ke talian seperti di bawah:
+6019-6000 696

surat
Menulis surat ke alamat pejabat SPRM.
Senarai Alamat Pejabat

faks
Anda boleh juga menghantar faks ke talian:
+603-8889 4329

telefon
Melalui talian bebas tol.
1-800-88-6000

Statistik Pelawat


Hari Ini
1144
Semalam
1385
Minggu Ini
1144
Bulan Ini
78121

Keseluruhan
2997923