AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (Akta 711)

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) merupakan satu akta untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain. Akta ini akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat daripada pendedahan yang telah dibuat.

Syarat-Syarat Perlindungan

  • Pemberi maklumat bersedia untuk dikenali oleh SPRM.

  • Pemberi maklumat hadiri sendiri dan berjumpa dengan pengawai SPRM samada di pejabat atau di mana-mana tempat.

  • Sekiranya pendedahan Kelakuan Tidak Wajar dibuat melalui surat/emel/panggilan telefon/khidmat pesanan ringkas, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi.

Jenis-Jenis Perlindungan

  • Identiti pemberi maklumat serta maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk semasa perbicaraan di mahkamah. (Sekyen 7(1)(a) Akta APPM 2010)

  • Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan sivil, jenayah atau tatatertib akibat daripada pendedahan tersebut. (Sekyen 7(1)(b) Akta APPM 2010)

  • Pemberi maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan hasil tindak balas pendedahan yang telah dibuat. (Sekyen 7(1)(c) Akta APPM 2010)

  • Perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan/hubungan dengan pemberi maklumat. (Sekyen 7(3) Akta APPM 2010)

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910