Sektor Operasi terdiri daripada 6 bahagian yang menjadi teras utama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti berikut:

  • Bahagian Siasatan
  • Bahagian Operasi Khas
  • Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
  • Bahagian Perisikan
  • Bahagian Forensik
  • Bahagian Pengurusan Rekod Dan Teknologi Maklumat

Kesemua bahagian ini memainkan pelbagai peranan penting dalam menggerakkan sektor operasi Jabatan antaranya seperti menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan. Sektor Operasi adalah diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi). Secara ringkasnya peranan setiap Bahagian adalah seperti di bawah. 

Bahagian Siasatan memainkan peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan tugas penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Bahagian Operasi Khas bertanggungjawab dalam menjalankan siasatan bagi kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan merupakan Bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan serta rayuan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya.

Bahagian Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat. Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini.

Bahagian Forensik berperanan memberikan khidmat nasihat dan bantuan forensik dalam memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan undang – undang pencegahan rasuah secara berterusan. 

Bahagian Pengurusan Rekod & Teknologi Maklumat bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem komputer. 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910