PANGKALAN DATA PESALAH RASUAH

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menunjukkan langkah-langkah pencegahan dan memberikan petunjuk yang jelas bahawa perang telah diisytiharkan terhadap rasuah. Pangkalan Data ini berkhidmat sebagai satu alat kesedaran yang penting untuk membantu orang awam dan organisasi dalam melaksanakan proses penyelidikan dan penilaian sebelum mengambil, melantik atau menaikkan pangkat pekerja mereka.

Tambahan pula, pangkalan data ini juga memainkan peranan sebagai alat pengajaran bagi mencegah orang lain daripada melakukan perbuatan rasuah selain bertindak sebagai faktor yang memberi keinsafan terhadap mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah kerana maklumat mengenai mereka dan kesalahan yang telah mereka lakukan akan dipaparkan dan boleh diakses oleh orang awam selama tempoh tiga (3) tahun bermula dari tarikh ia mula dipaparkan di laman sesawang SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
13
Semalam
97
Minggu Ini
983
Bulan Ini
3319

Keseluruhan
3189968