Bidang Kuasa

 

bidanggkuasaSelaras dengan kewujudannya sebagai entiti tunggal pencegahan rasuah di Malaysia, bidang kuasa perundangan SPRM di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah khusus untuk menyiasat dan mencegah sebarang bentuk perlakuan rasuah serta salahguna kuasa.

Akta SPRM 2009, juga memperuntukkan kuasa kepada SPRM untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah akta-akta lain yang disenaraikan sebagai “Kesalahan Ditetapkan” seperti berikut:-

  • Kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 161, 162, 163, 164, 165, 213, 214, 215, 384, 385, 386, 387, 388, 389, 403, 404, 405, 406, 407, 408, 409, 417, 418, 419, 420, 465, 466, 467, 468, 469, 471, 472, 473, 474, 475, 476 dan 477A Kanun Keseksaan;
  • Kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 137 Akta Kastam 1954;
  • Kesalahan di bawah Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954;
  • Sesuatu percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c); atau
  • Sesuatu persubahatan atau komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditarifkan dalam Kanun Keseksaan) mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c), sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya.

Senarai Akta

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
94
Semalam
230
Minggu Ini
324
Bulan Ini
5674

Keseluruhan
3197193