CommEd PR bermatlamat menyediakan platform atas talian untuk permohonan penceramah atau program yang berlandaskan integriti serta memerangi rasuah. Orang ramai atau organisasi yang menganjurkan program ceramah, forum, perbincangan atau sebarang program yang berkaitan boleh memohon kepada Bahagian Pendidikan Masyarakat.

Objektif CommEd PR adalah Platfom untuk menyelaras permohonan yang dikemukakan.

 

Panduan Permohonan Ceramah dan Program Pendidikan Masyarakat

 

Permohonan Ceramah dan Program ini dikelola oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM (PenMas).

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh aktiviti/program yang dipohon.

Terdapat dua cara untuk memohon program ini iaitu:

  1. Permohonan secara atas talian melalui: Borang Permohonan Program
  2. Permohonan secara manual seperti berikut:
    • Emelkan surat permohonan ke emel d1@sprm.gov.my atau
    • Hantarkan surat permohonan ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Masyarakat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Aras 12, Blok B
No.2, Lebuh Wawasan
Presint 7
62250 Putrajaya, Malaysia

Sebarang masalah atau persoalan berhubung permohonan program, emelkan ke program@sprm.gov.my atau hubungi kami di talian +603-8870 0038 atau +603-8891 1482.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
226
Semalam
432
Minggu Ini
1224
Bulan Ini
5003

Keseluruhan
3210236