Cawangan Sektor Politik

 

Latar belakang

  • Cawangan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah kepada ahli-ali politik di Malaysia.
  • Ahli politik adalah mereka yang menjadikan bidang politk sebagai kerjaya, sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Ahli politik termasuk mereka yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan, negeri dan parti-parti pembangkang di peringkat persekutuan atau negeri.

 

Objektif

  • Memberi kesedaran kepada ahli-ahli politik tentang tafsiran rasuah dan bentuk rasuah menurut undang-undang Malaysia
  • Memjelaskan kepada ahli-ahli politik mengenai impak rasuah kepada mereka, kerjaya, ekonomi dan negara.
  • Memberi kefahaman kepada ahli politik mengenai peranan mereka dalam pencegahan rasuah.
  • Mendapatkan sokongan ahli politik terhadap SPRM dan usaha-usaha yang dilaksanakan SPRM dan kerajaan amnya.

 

Konsep

  • Aspirasi SPRM 2016 merupakan panduan utama dalam pelaksanaan fungsi Cawangan Politik. Dalam Aspirasi tersebut, ditetapkan strategi ketiga adalah ‘Pengurusan keterlibatan secara strategik dengan sektor politik dan NGO’.
  • Cawangan Politik mengaplikasikan dasar ‘Merakyatkan SPRM’ yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi SPRM.
  • Cawangan Politik turut mengguna pakai ‘Pareto Principle’ atau ‘Prinsip 20-80’ dalam pelaksanaan aktiviti. Menurut prinsip ini, aktiviti ditumpukan kepada kumpulan pemimpin dalam sesebuah parti politik.

 

Kaedah Pelaksanaan

  • Selaras dengan Aspirasi SPRM 2016, Cawangan Politik menggunakan pendekatan CPM iaitu Communicate, Penetrate dan Mobilize.
  • Cawangan Politik amat mengalu-alukan kerjasama strategik dengan mana-mana parti politik (parti kerajaan atau pembangkang) untuk melaksanakan program pendidikan pencegahan rasuah kepada pemimpin dan ahli parti.

 

 Aktiviti-Aktiviti Cawangan Politik

  1. Majlis Penerangan dan Sesi Dialog SPRM Bersama Pengurusan Tertinggi Malaysian Chinese Association (MCA)

  2. Majlis Penerangan dan Sesi Dialog SPRM Bersama Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

  3. SPRM Selangor Bersama 'Key Communicator' NGO dan Sektor Politik Kawasan Sg. Pelek, Sepang

 

Untuk pertanyaan, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon 
 1. PKPj Mohamad Tarmize bin Abdul Manaf 019-3250077
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1147
Semalam
1385
Minggu Ini
1147
Bulan Ini
78124

Keseluruhan
2997926