Ikrar Bebas Rasuah

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh para kepimpinan dan warganya dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini juga, turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata, tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya di kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

 

Pelaksanaan IBR

  1. Ikrar oleh individu
  2. Disaksikan oleh SPRM
  3. Lafaz ikrar agar tidak sesekali terlibat dengan perbuatan rasuah
  4. Dokumen ikrar ditandatangan

 

Signifikan Perlaksanaan IBR

1. Menjadi amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah:
2. Jaminan pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah:
3. Penzahiran akujanji kepada komitmen individu dalam pembanterasan rasuah:
4. Sebagai bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.

Penandatangan IBR

Kerajaan Negeri

  1. Kerajaan Negeri Sarawak pada 25.01.2017
  2. Kerajaan Negeri Kedah pada 16.02.2017

 

Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / PBT

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 11.01.2017
  2. Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah pada 26.01.2017
  3. Pejabat Daerah Tanah Petaling, Selangor pada 7.02.2017
  4. Pejabat Daerah Perak Tengah pada 7.02.2017
  5. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada 13.02.2017
  6. Majlis Bandaraya Selayang pada 14.02.2017
  7. Pejabat Undang-undang Negeri Selangor pada 18.02.2017
  8. Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pada 20.02.2017 
  9. Pejabat Daerah Rompin, Pahang pada 21.02.0217
  10. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah pada 21.02.2017
  11. Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pada 22.02.2017
  12. Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 23.02.2017
  13. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) pada 24.02.2017
  14. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 27.02.2017
  15. Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu pada 28.02.2017
  16. Majlis Perbandaran Klang pada 1.03.2017
  17. Jabatan Kastam Diraja Negeri Selangor pada 2.03.2017
  18. Jabatan Kastam Diraja Negeri Melaka pada 3.03. 2017
  19. Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Johor pada 5.03.2017
  20. Menteri Besar dan Ahli-ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 8.03.2017
  21. Ketua Menteri, Exco, Timbalan Exco dan Ex Official Kerajaan Negeri Melaka pada 8.03.2017
  22. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPN) Negeri Selangor pada 10.03.2017
  23. Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Muar, Johor pada 12.03.2017
  24. Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15.03.2017

 

Swasta / Institusi Perbankan

  1. Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada 20.02.2017
  2. Agro Bank pada 26.02.2017

Berita IBR

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
256
Semalam
1018
Minggu Ini
20389
Bulan Ini
86343

Keseluruhan
2716463