GEORGE TOWN, 5 Dis - Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, En. Raveendran A/L K.Kasavan telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang,TPj Dato' Wan Ramli Wan Abdullah pagi ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sebagai rakan strategik antara SPR dengan SPRM Negeri Pulau Pinang. Turut dibincangkan adalah untuk mengadakan program-program pencegahan berkaitan kesedaran kesalahan dan salah laku rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang bakal sebagai pengundi dalam pilihanraya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Pulau Pinang serta PsK Nor Azreen Zulkafli, Ketua Siasatan Negeri SPRM Negeri Pulau Pinang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
148
Minggu Ini
861
Bulan Ini
1969

Keseluruhan
3408676