PUTRAJAYA, 10 Okt - Seramai 42 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring daripada Perakaunan Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan Kolej Universiti Islam Melaka mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Rombongan tiba di Lobi Ibu Pejabat SPRM jam 9.30 pagi disambut oleh pegawai-pegawai daripada Cawangan Universiti & Belia PenMas. Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh PkPs Mohd Nazri Ismail.

Seterusnya rombongan dibawa ke Konti MACC.FM dan taklimat telah disampaikan oleh PkPs Hezlin Kusnin dan melawat Padang Kawad di Aras 7 sebelum ke Sky Bridge di Aras 13.

Ceramah Pengenalan Kepada SPRM kemudian disampaikan oleh PsK Rozlina Hashim di Bilik Mesyuarat Utama PenMas di Aras 12.

Lawatan berakhir dengan penyampaian cenderahati dan jamuan makan tengah hari kira-kira jam 1.30 petang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
46
Semalam
166
Minggu Ini
934
Bulan Ini
8262

Keseluruhan
3399751