PULAU PINANG, 9 Ogos – Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat kepada Profesor Datuk Dr Asma Ismail, Naib Canselor USM bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan baik dua hala antara SPRM dengan USM Pulau Pinang.

Antara perkara yang dibincangkan bagi mengadakan program atau aktiviti pencegahan rasuah khususnya kepada jabatan berisiko di USM dan kerjasama strategik SPRM dengan USM.

Turut hadir ialah PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang dan PPs Mazlan Haja Maideen, Pegawai Unit PenMas Pulau Pinang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
892
Semalam
1512
Minggu Ini
7094
Bulan Ini
21868

Keseluruhan
3353124