KUCHING,15 Mei  – P/TPj Razim b Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr. Haji Mohd Asri b Riffin, Pengarah Pusat Jantung Sarawak (PJS) di Pejabat Pengarah, Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak.

Antara perkara yang dibincangkan adalah perancangan pelaksanaan program serta aktiviti yang boleh dilaksanakan PJS dengan kerjasama SPRM Sarawak terutamanya yang berkaitan dengan jenayah rasuah dan penyelewengan.

Hadir bersama dalam kunjungan hormat ini ialah PKPj Zulhairy b Zaidel, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak dan PPj Chang Ching, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Sarawak. Turut bersama ialah Cik Elisa Helda Anak Dollen, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan PJS dan juga Matron Saerah binti Wahet, Ketua Pengurusan Kejururawatan Pusat Jantung Sarawak

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1691
Semalam
452
Minggu Ini
1691
Bulan Ini
12955

Keseluruhan
3254573