KUCHING, 14 Mei – P/TPj Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Haji Talib Zulpilip, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Sarawak. Kunjungan hormat ini telah diadakan di Pejabat Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Bangunan Baitul Makmur di sini hari ini.

Pertemuan ini adalah bagi memperkenalkan Pengarah SPRM Sarawak yang baharu kepada Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak serta turut membincangkan berkaitan isu-isu integriti, penyelewengan dan salahguna kuasa di kalangan penjawat awam dan masyarakat di Negeri Sarawak.

Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat ini ialah YBrs. Haji Adana Haji Jed, Pengarah Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, PKPj Zulhairy Zaidel, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak dan PPj Chang Ching, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
237
Semalam
1313
Minggu Ini
6378
Bulan Ini
19415

Keseluruhan
3384018