GOMBAK, 18 Apr - Hasil cetusan idea ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), SPRM dan SPR UIAM dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UIAM telah menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KOMAWAR) di Auditorium Utama, UIAM Gombak malam ini. 

Konvensyen ini telah dihadiri oleh 500 orang mahasiswa UIAM dan turut disertai ahli SPR Institusi Pengajian Tinggi lain iaitu UKM, KUIS, UPSI dan USIM. 

KOMAWAR yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, bertujuan untuk memupuk budaya antirasuah dalam kalangan mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang cakna tentang isu-isu rasuah.  

Tan Sri Dzulkifli turut melancarkan Gerakan Mahasiswa Anti Rasuah (GEMA) sebagai Kempen Anti Rasuah yang dipelopori oleh mahasiswa. Kempen ini ialah cetusan idea mahasiswa sebagai kesinambungan daripada Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH). 

Turut diadakan ialah Sumpah Keramat Mahasiswa Anti Rasuah yang diketuai Presiden MPP UIAM, Amir Ridwan Idris bersama mahasiswa mahasiswi lain. 

Majlis diserikan juga dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato' Seri Dr. Zaleha Kamarudin, Rektor UIAM; YBhg. Dato' Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Selangor; TPj Tuan Ruslan bin Tuan Mat, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan PKPj Kamarudin M. Ripin, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM.           

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1692
Semalam
452
Minggu Ini
1692
Bulan Ini
12956

Keseluruhan
3254574