PUTRAJAYA, 13 Apr – PUSPANITA daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengadakan lawatan ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara ahli PUSPANITA dan SPRM serta mengenali Suruhanjaya ini dengan lebih dekat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Rosliza binti Ismail, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Bahagian PENMAS yang turut serta dalam lawatan ini.

Rombongan seramai 45 orang peserta yang diketuai oleh Puan Mareena binti Mahpudz, Pengerusi PUSPANITA Ibu Pejabat MOSTI dan Puan Yvonne Lim Sze Yong, Penyelaras Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) telah disambut mesra oleh pegawai SPRM. Peserta telah dibawa melawat ke beberapa lokasi antaranya Bilik Rakaman Bervideo (VIR), Koperasi (KOSPERA), Bilik Kawad Cam, Konti MACC.FM dan Dataran Kawad.

Taklimat juga telah diberikan oleh PKPj Samsul bin Salip mengenai SPRM dan taklimat Pengenalan GWAR disampaikan oleh Pengerusi GWAR, YBhg. Dato' Junipah Wandi.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
50
Semalam
166
Minggu Ini
938
Bulan Ini
8266

Keseluruhan
3399755