KUALA LUMPUR, 12 Mac - Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) Kolej Syuen dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang diadakan di kolej tersebut di sini hari ini.

Perasmian pelancaran Kolej Syuen ini disempurnakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Hadir menyampaikan ucapan pada majlis ini ialah Pengarah Bahagian Akademik Kolej Syuen selaku Penasihat SPR Kolej Syuen, Dr. Sundejit Singh Balwant Singh.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan Choral Speaking dan koir daripada ahli SPR Kolej Syuen di hadapan 250 Pegawai SPRM, kakitangan dan pelajar Kolej Syuen yang hadir.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato' Abdul Samat Kasah; Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Tuan Ruslan Tuan Mat serta Pengarah Kolej Syuen, Tuan Shoghi Raj Moothi Naidu.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
275
Semalam
111
Minggu Ini
275
Bulan Ini
15158

Keseluruhan
3282484