PUTRAJAYA, 13 Februari – Seramai 30 pegawai daripada Unit Integriti Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat (KPWKM) berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala serta mengenali suruhanjaya ini dengan lebih dekat.

Ketibaan rombongan disambut mesra pegawai-pegawai bertugas daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM (PenMas) dan satu taklimat bertajuk "Peranan Wanita Memerangi Rasuah" telah disampaikan oleh PPj Suryani Ali.

Para peserta lawatan turut dibawa melawat ke beberapa lokasi di bangunan Ibu Pejabat SPRM antaranya Bilik Rakaman Bervideo (VIR), Lokap SPRM, Bilik Kawad Cam, Skybridge, serta Dataran Kawad SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
3
Semalam
270
Minggu Ini
273
Bulan Ini
3164

Keseluruhan
3224792