KUALA LUMPUR, 20 November – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kelainan dalam menyebarluaskan mesej antirasuah melalui deklamasi puisi pada Malam Puisi Rasuah yang berlangsung malam ini.

Acara ini merupakan hasil kerjasama strategik antara SPRM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mendekati rakyat melalui sastera dan budaya.

Malam tersebut menyaksikan pendeklamasian puisi bukan sahaja dari pemuisi tempatan seperti Pyan Habib, Dr. Raja Rajeswari dan Lin Haslinaz, tetapi juga melihat penyertaan daripada pegawai kanan dan pegawai tertinggi SPRM iaitu Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Dato’ Haji Abdul Samat Kasah.  

Antara puisi-puisi yang didendangkan berkait dengan isu rasuah dan integriti bukan sahaja dalam aspek pekerjaan dan penjawatan, bahkan dalam sekecil-kecil perbuatan.

Selain itu, acara ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan dikir barat dan lagu oleh artis tempatan seperti Dato’ Ramli Sarip, Fazleena & The Lasykar dan Adinda Amiro.

Turut menyerikan majlis ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil; mahasiswa dan mahasiswi dari IPTA dan IPTS tempatan serta rakan-rakan strategik SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
50
Semalam
432
Minggu Ini
1048
Bulan Ini
4827

Keseluruhan
3210060