PUTRAJAYA, 8 November – Susulan daripada amanat Ketua Setiausaha Negara pada 24 November 2016, SPRM telah mengadakan Mini Konvensyen Integriti 2017 bertemakan “Pengukuhan Integriti Pemangkin Negara Gemilang” anjuran Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) hari ini.

Mini konvensyen ini dilaksanakan bagi menjadi medium untuk mewujudkan jaringan dengan Unit Integriti agensi-agensi dan juga sebagai percambahan ilmu di samping mengenal pasti hala tuju Unit Integriti.

Kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Integriti kementerian, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri telah menghadiri program yang juga diadakan sempena sambutan Hari Integriti Kebangsaan pada 5 November.

Program ini menampilkan dua penceramah, iaitu Tan Sri Musa Hassan, ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, dan Dato’ Akhbar Satar, Pengerusi Transparency International Malaysia.

Dengan tajuk “Kepimpinan dan Integriti”, Tan Sri Musa menekankan pentingnya integriti dalam seorang pemimpin bagi membentuk agensi bebas rasuah dan berintegriti secara keseluruhan.

Sementara itu, Dato’ Akhbar pula menjelaskan peranan ketelusan dalam keputusan dan tindakan kerajaan bagi meningkatkan akauntabiliti awam dan menangani krisis rasuah di Malaysia untuk jangka masa panjang.

Turut berlangsung ketika program ini ialah pameran-pameran integriti SPRM. 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910