PUTRAJAYA, 4 Okt - Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM telah menerima lawatan bermaklumat daripada pelajar-pelajar undang-undang yang sedang mengikuti latihan guaman bersama the Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) bagi memberi pendedahan tentang tugas dan skop kuasa SPRM.

Rombongan seramai 11 orang yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel itu dibawa melawat ke bilik rakaman bervideo, bilik kawad cam dan lokap SPRM. Di sini, PsK Badri Azni dari Bahagian Forensik Teknologi telah menyampaikan taklimat ringkas tentang proses pengurusan saspek dan mengambil keterangan saksi.

Lawatan diteruskan di konti MACC.FM dan seterusnya mereka diberi taklimat tentang pengenalan kepada SPRM, tugas-tugas dan skop kuasa SPRM, yang mana antara lainnya menjalankan tugas penyiasatan dan bukan pendakwaan. 

Lawatan bermaklumat ini diharap membantu pelajar-pelajar ini memahami bidang kuasa SPRM dan sistem pembahagian kuasa di Malaysia. 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
110
Semalam
199
Minggu Ini
1179
Bulan Ini
5029

Keseluruhan
3196548