PUTRAJAYA, 18 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima lawatan dari pelajar undang-undang Pusat Bantuan Guaman Selangor bersama Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) di ibu pejabat SPRM hari ini.

Seramai 11 orang pelajar termasuk Pengarah Eksekutif C4, Pn. Cynthia Gabriel disambut oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas).

Lawatan ini bertujuan member pendedahan kepada pelajar-pelajar chambering berkaitan bidang tugas SPRM dengan penekanan kepada perundangan berkaitan kesalahan rasuah.

Rombongan dibawa ke Bilik Rakaman Bervideo (VIR) dan Bilik Kawad Cam, di mana mereka diberi penjelasan tentang prosedur siasatan dan pengambilan kenyataan SPRM. Seterusnya, mereka mengunjungi Galeri SPRM di Penmas dan mengikuti taklimat mengenai SPRM, Akta SPRM dan kes-kes yang lalu.

Lawatan berakhir dengan kunjungan ke konti MACC.FM untuk melihat operasi radio atas talian berkenaan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
16
Semalam
244
Minggu Ini
16
Bulan Ini
3175

Keseluruhan
3184500