PUTRAJAYA, 9 Mei – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa dalam sektor tenaga, teknologi hijau dan air.

Sesi penandatanganan IBR tersebut telah diketuai oleh Ketua Setiausaha KeTTHA, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang bersempena dengan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bagi Tahun 2016.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Parcel E itu telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Sri Mohd Jamidan Abdullah.

Pemangku Timbalan Menteri KeTTHA, YB Senator Dato’ Seri SK Devamany dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua warga kementerian dan agensi di bawah KeTTHA kerana memberikan komitmen secara menyeluruh dalam usaha memerangi rasuah bersama SPRM.

Inisiatif IBR ini juga memperlihatkan kesungguhan KeTTHA dalam  memantapkan tadbir urus dan ketelusan bagi menghindarkan dari gejala rasuah.

Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pengurusan), Dato’ Dr. Tan Yew Chong; Penasihat Menteri KeTTHA, Datuk Loo Tool Gee dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Haji Abdul Samat Kasah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
42
Semalam
159
Minggu Ini
1270
Bulan Ini
5120

Keseluruhan
3196639