MELAKA, 12 September – Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCCB) menyokong hasrat SPRM bersama-sama menjauhi rasuah dengan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini bertempat di Dewan Cenderawasih, AKCCB, Melaka.

Lafaz IBR ini diketuai oleh Tuan Borhan Othman Ali, Ahli Lembaga Pengarah AKCCB dan disaksikan oleh PsK Ahmad Faizul Abdul Rashid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Melaka.

Turut hadir adalah Datuk Ir Othman Abdul Rahim, Ahli Lembaga Pengarah AKCCB, Datuk Hj Shahul Hamid Abdul Rahim, Kapten AKCCB dan Encik Rizman Ghazali, Pengurus AKCCB.

Seramai lebih kurang 70 orang pengurusan tertinggi dan kakitangan Ayer Keroh Country Club Berhad hadir dalam majlis ini. Sambutan dari warga yang hadir menunjukkan SPRM kini amat diyakini dan diterima oleh masyarakat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
73
Semalam
159
Minggu Ini
232
Bulan Ini
3280

Keseluruhan
3404731