KUCHING, 8 Ogos - Majlis Lafaz Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (JKKP) Negeri Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat, JKKP Negeri Sarawak, Kuching.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Sadiyuk Henry Rigit, Ketua Penolong Pengarah, JKKP Negeri Sarawak dan disaksikan oleh P/TPj. Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak. Sesi lafaz serta menandatangani IBR disempurnakan oleh Ir. Dr. Nor Halim Hasan, Pengarah JKKP Negeri Sarawak

Turut hadir pada majlis ini ialah PKPj. Zulhairy Zaidel, Timbalan Pengarah SPRM Sarawak dan Encik Mut Anak Sagai, Timbalan Pengarah (Operasi), JKKP Negeri Sarawak. Seramai 77 orang terdiri daripada ketua-ketua unit, pegawai serta kakitangan JKKP Negeri Sarawak turut serta melafaz IBR.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
140
Minggu Ini
382
Bulan Ini
2497

Keseluruhan
3409204