Apakah jenis kursus yang ditawarkan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) kepada peserta-peserta luar negara?

MACA menawarkan kursus-kursus berikut kepada peserta-peserta luar negara:-

1) Intelligence Based Investigation Workshop (IBI)

2) Corruption Prevention And Risk Management Public Sector Organisations

3) Executive Certificate Course For Strategic Management Of Anti-Corruption Programme

4) Senior Executive Certificate Course For Strategic Management Of Anti-Corruption

5) Asset Recovery Workshop

Bagaimanakah peserta-peserta luar negara boleh memohon untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh MACA?

Peserta-peserta dari luar negara boleh memohon untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh MACA dengan menggunakan Borang Permohonan Kursus Antarabangsa yang boleh didapati dari laman portal MACA.

Bagaimanakah peserta-peserta luar negara boleh mendapat maklumat tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA?

Peserta-peserta luar negara boleh mendapatkan maklumat berhubung kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA dari Kalendar Program Latihan MACA, di bawah tajuk Inisiatif Pencegahan Rasuah Antarabangsa atau pada pautan "Kursus Antarabangsa" di laman portal MACA.

Dalam Bahasa apakah kursus-kursus antarabangsa diadakan?

Semua kursus antarabangsa diadakan dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimanakah peserta-peserta tempatan boleh mendapat maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA?

Peserta-peserta tempatan boleh mendapatkan maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan oleh MACA melalui kalendar Program Latihan MACA  atau pautan 'Kursus Tempatan' di laman portal MACA.

Bagaimanakah peserta-peserta tempatan boleh memohon untuk kursus antarabangsa yang dianjurkan oleh MACA?

Peserta-peserta tempatan boleh memohon dengan mengisi Borang Permohonan Kursus Antarabangsa yang boleh didapati di laman portal MACA.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
2
Semalam
270
Minggu Ini
272
Bulan Ini
3163

Keseluruhan
3224791