Kerjasama Tempatan

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai institusi latihan awam, menawarkan pelbagai bentuk program latihan yang menyasarkan penyertaan daripada kalangan penjawatan awam (Jabatan/Agensi Kerajaan) dan penglibatan secara langsung daripada sektor swasta:-

 

  • Kursus Jangka Pendek: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), PUSPAKOM Sdn Bhd, Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Malaysia Timber Industry Board (MTIB), Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia (JBPM), Amanah Raya Berhad (ARB), PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Sime Darby dan sebagainya;
  • UKM-SPRM Program Ijazah Sarjana Sains Sosial – (Pengajian Rasuah): Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Telekom Malaysia Berhad dan sebagainya.
  • Program Latihan Certified Integriti Officer (CeIO): Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Audit Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Integriti Malaysia (IIM), PUSPAKOM Sdn Bhd, Amanah Raya Berhad (ARB), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, PETRONAS dan sebagainya.

Kerjasama Antarabangsa

MACA juga diwujudkan untuk menyumbang kepada cetusan kesedaran di peringkat global tentang keburukan rasuah. Selaras dengan visinya untuk menjadi pusat pembelajaran utama bagi pencegahan rasuah, MACA akan mendapatkan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam merangka program latihan yang baik. Ini akan dicapai melalui 'perjanjian dua hala' dan 'berbagai hala' dengan negara-negara dan antiti-entiti antarabangsa yang mempunyai objektif yang sama, seperti:

 

  • Agensi Pencegahan Rasuah ASEAN (Perjanjian Berbagai Hala)- Biro Mencegah Rasuah Brunei Darussalam (BMR), Komisi Pembanterasan Korupsi Indonesia (KPK) dan Corruption Practice Investigation Bureau Singapore(CPIB).
  • Organisasi Antarabangsa- The Organization of the Islamic Conference (OIC), Asia-Pasific Economic Co-operation (APEC), The Commonwealth Secretariat, Asia Development Bank (ADB), Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), World Bank and United Nation Convention Against Corruption (UNCAC).
  • Agensi Pencegahan Rasuah Antarabangsa- Globalisasi dan kemajuan dalam ICT telah banyak membuka ruang kepada pengamal rasuah. mereka tidak dibatasi oleh sempadan sesebuah negara atau bidang kuasa kerajaan tertentu. Ini menyebabkan pentingnya agensi pencegahan rasuah di dunia menjalinkan kerjasama yang rapat untuk mencegah gejala ini. Sehubungan dengan itu, MACA akan mendapatkan kerjasama dengan agensi-agensi seprti NCCC Thailand, Ombudsmen Filipina, Department for International Coopertaion, Government Inspectorate of Vietnam, ICAC Hong Kong, KICAC Korea dan lain-lain lagi.

Kumpulan Sasaran

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia mensasarkan latihan dan program pencegahan rasuah kepada para peserta dari dalam negara dan di luar negara. Penglibatan 4 kumpulan sasaran ini mencerminkan peranan MACA sebagai institusi latihan khusus dalam pencegahan rasuah. 4 kumpulan sasaran MACA tersebut adalah:-

 

  • Pegawai dan Kakitangan SPRM - MACA adalah entiti di bawah SPRM yang bertanggung jawab untuk menyediakan latihan yang mencukupi kepada semua Pegawai dan kakitangan SPRM dalam meningkatkan keupayaan diri dalam melaksanakan tugas dengan cekap dan profesional. Bidang-bidang latihan yang ditawarkan merangkumi ‘core business’ SPRM secara komprehensif serta bidang-bidang lain seperti pengurusan, keselamatan dan seumpananya;
  • Jabatan / Agensi Kerajaan dan Agensi Penguatkuasaan Tempatan - Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan “Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia”, MACA menawarkan program latihan untuk agensi kerajaan khusus dalam bidang pencegahan rasuah. Program-program yang disediakan adalah berkualiti dan berupaya melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran;
  • Sektor Swasta - MACA menyediakan platform kepada sektor swasta seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan badan-badan korporat dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam bidang pencegahan rasuah, integriti dan tadbri urus terbaik;
  • Peserta Dari Organisasi Antarabangsa dan Agensi Penguatkuasaan Antarabangsa- MACA mengorak langkah menuju ke arena global dalam bidang latihan pencegahan rasuah di mana MACA menawarkan program-program latihan yang berkualiti khusus untuk peserta luar negara dari pelbagai organisasi dan agensi penguatkuasaan. Semua program latihan yang ditawarkan menepati kehendak semasa selaras dengan undang-undang dan amalan terbaik. Program latihan juga boleh direkabentuk mengikut keperluan di peringkat antarabangsa.  

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
17
Semalam
244
Minggu Ini
17
Bulan Ini
3176

Keseluruhan
3184501