pengenalan

Selaras dengan penubuhan SPRM, lima mekanisme tanggungjawab telah diwujudkan yang bertindak sebagai check and balance terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya.

Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JA) dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dibuat secara pentadbiran.

Kelima-lima badan khas ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. Mekanisme ini akan dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipan undang-undang yang telah ditetapkan. Persepsi yang positif terhadap kewibawaan SPRM dan Kerajaan akan memudahkan usaha meraih sokongan dan kerjasama masyarakat dalam membanteras jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Ahli-ahli badan bebas ini mewakili orang awam yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik (kerajaan dan pembangkang), golongan profesional dari kalangan ahli perniagaan dan sektor korporat, ahli akademik, peguam dan individu-individu yang disegani.

 

 

 

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

Jawatankuasa ini diwujudkan secara perundangan mengikut seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Ahli-ahli JKMR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang. Peruntukan seksyen tersebut juga menetapkan tidak ada seorang pun Anggota Pentadbiran boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas ini.


Terma Rujukan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
  1. Untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
  2. Untuk memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya;
  3. Untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tentang perjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta SPRM 2009;
  4. Untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

 

Sekretariat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah
Aras 7, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.jkmr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867018
Faks: 03-88889568

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) diwujudkan mengikut seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Ahli-ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan orang yang berintegriti dan telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau mencapai keunggulan dalam profesion masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 13(1)(b) Akta tersebut.


Terma Rujukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
  1. Untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
  2. Untuk menasihati Suruhanjaya tentang dasar dan strategi Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah;
  3. Untuk menerima, meneliti dan mengedorskan cadangan daripada Suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan Suruhanjaya;
  4. Untuk meneliti dan mengedorskan keperluan sumber Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya;
  5. Untuk meneliti laporan tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawantankuasa Khas Mengenai Rasuah; dan
  6. Untuk mengemukakan ulasannya tentang perjalanan oleh Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.


Keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)

  1. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pengerusi)
  2. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil
  3. Tan Sri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri
  4. Tan Sri Musa bin Hassan
  5. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak
  6. Tan Sri Dato' Dr. Michael Yeoh Oon Kheng
  7. Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
  8. Dato' Mohd Noor bin Abdullah
  9. Datuk Seri Azman bin Ujang
  10. Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh
  11. Datuk Dr. Hamzah bin Kassim
  12. Datuk David Chua Kok Tee
  13. Datin Halimah Mohd Said
Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Aras 7, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.lppr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867018
Faks: 03-88889568

Jawatankuasa Aduan

Jawatankuasa Aduan

Jawatankuasa ini juga dibentuk secara perundangan mengikut seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 (Akta 694) dan pelantikan mereka dibuat oleh Menteri.


Terma Rujukan Jawatankuasa Aduan

  1. Untuk memantau pengendalian oleh Suruhanjaya akan aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya; dan
  2. Untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja Suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkannya patut.

 

Keanggotaan Jawatankuasa Aduan
  1. Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot (Pengerusi)
  2. Dato’ Ahmad Bin Said
  3. Datuk Muhammad Hatta bin Abd. Aziz
  4. Puan Hajah Rohani Binti Abdul Kadir

 

Sekretariat Jawatankuasa Aduan
Aras 7, Lot 3C4, Persiaran Perdana,
Presint 3
62675 Putrajaya
E-mel: sekretariat.ja@sprm.gov.my
Tel: 03-88905157
Faks: 03-88905153

Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah

Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) juga diwujudkan secara pentadbiran dan dianggotai oleh individu yang dilantik oleh Perdana Menteri mewakili pelbagai kumpulan masyarakat seperti ahli akademik, dewan perniagaan, 
pakar media, aktivis sosial dan pertubuhan yang diyakini dapat membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di pelbagai sektor.


Terma Rujukan Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah

  1. Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemeriksaan dan perundingan terhadap amalan, sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah;
  2. Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pendidikan masyarakat ke arah meningkatkan kesedaran tentang jenayah rasuah dan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah;
  3. Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pencegahan rasuah melalui mekanisme pengukuhan integriti dalam sektor awam dan sektor swasta;
  4. Menasihati Suruhanjaya tentang amalan-amalan baik (best practices) dalam bidang-bidang yang berkaitan dalam pelaksanaan aktiviti perundingan dan pencegahan rasuah;
  5. Membantu Suruhanjaya sebagai key communicator dalam meraih sokongan masyarakat, pihak media dan sektor-sektor yang dikenal pasti terhadap usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya; dan
  6. Mengemukakan ulasannya tentang penjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsi perundingan dan pencegahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

 

Ahli-Ahli PPPR bagi sesi 15 Ogos 2016 – 14 Ogos 2017 adalah seperti berikut:
  1. YBhg. Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi)
  2. YBhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dr. T. Marimuthu
  3. YBhg. Tan Sri Tang Yeam Soon
  4. YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani
  5. YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak
  6. YBhg. Datuk Hasmi bin Hasnan
  7. YBhg. Datuk Baljit Singh Sidhu
  8. YBhg. Datuk Md. Yusof bin Md. Aslam
  9. YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
  10. YBhg. Dato’ V. Danapalan
  11. YBhg. Datin Dr. Amla binti Hj. Mohd Salleh
  12. YBhg. Dato' Dr. Nasharudin bin Mat Isa
  13. YBrs. Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Sekretariat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
Aras 4, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.pppr@sprm.gov.my
Tel: 03-88867014
Faks: 03-88889527

Panel Penilaian Operasi

Panel Penilaian Operasi

Panel Penilaian Operasi (PPO) diwujudkan secara pentadbiran dan ahli-ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri dari kalangan mereka yang mempunyai kepakaran dan mewakili badan-badan profesional yang bersesuaian serta individu yang berupaya memperlihatkan ketelusan dan kebebasan tindakan oleh Suruhanjaya.


PPO adalah mekanisme ‘check and balance’ terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup.


PPO juga boleh mencadangkan kes dikaji semula sekiranya tidak berpuashati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh SPRM.


Terma Rujukan Panel Penilaian Operasi
  1. Menerima dan mendapatkan penjelasan berhubung perangkaan Kertas Siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya;
  2. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan;
  3. Menerima laporan daripada Suruhanjaya berhubung semua kes di mana Orang Yang Ditangkap yang dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya melebihi 6 bulan;
  4. Menerima laporan Kertas Siasatan Suruhanjaya yang telah berkeputusan untuk dihentikan siasatan dan memberi pandangan:
    1. untuk penambahbaikan siasatan atas sebab kelemahan siasatan;
    2. untuk menyemak semula sekiranya siasatan tersebut memerlukan siasatan lanjut; dan
  5. Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya.

 

Ahli-Ahli PPO bagi sesi 15 Ogos 2016 – 14 Ogos 2017 adalah seperti berikut:
  1. YBhg. Tan Sri Zaleha binti Zahari (Pengerusi)
  2. YBhg. Tan Sri Ismail bin Omar
  3. YBhg. Datuk Azizan bin Abdul Rahman
  4. YBhg. Profesor Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff
  5. YBhg. Dato’ Dr. Siti Mariam binti Che Ayub
  6. YBhg. Dato’ Selva Mookiah
  7. YBrs. Profesor Dr. Yap Bee Wah

 

Sekretariat Panel Penilaian Operasi
Aras 2, Blok 6, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
E-mel: sekretariat.ppo@sprm.gov.my
Tel: 03-88887008
Faks: 03-88889489/90
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
258
Semalam
1018
Minggu Ini
20391
Bulan Ini
86345

Keseluruhan
2716465