• SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan

     

    SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan

     SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.

     Individu terbabit ialah Mohd Hafiz Yusoff, 45, pemegang kad pengenalan bernombor 710309-02-5019. Alamat terakhir Hafiz ialah di Nombor 20, Jalan Nilam 1, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor. Manakala alamat keduanya di Blok F, Tingkat 3, Kiambang Apartment Putra Perdana Puchong dan alamat ketiga di F 339 Felda Pasoh 1, Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan.

    Hafiz merupakan bekas eksekutif di syarikat milik negeri Selangor.

    Individu kedua yang sedang dikesan ialah Wan Ahmad Don, 47, pemegang kad pengenalan bernombor 690129-09-5073. Alamat terakhir Wan Ahmad ialah di Nombor 91, Kg. Padang Siding, Jalan Kubur Besar , Pauh, Arau Perlis.

    Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Hafiz menghubungi Pegawai Penyiasat, Ps. Rosnizam Mansor di talian 019-6001038 atau emel rosnizam@sprm.gov.my atau hadir ke pejabat SPRM yang berhampiran.

     Manakala bagi yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wan Ahmad, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat PPs Hani Marwan Hamim di talian 04-9761982/013-6924841 atau PKPs E Mey a/p E Boon Him di talian 04-9761982/012-5787691 atau emel hani.hamim@sprm.gov.my atau emey@sprm.gov.my.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    24 APRIL 2016

      PDF
  • 16 Pegawai, Anggota Polis Disiasat SPRM Didakwa

    16 Pegawai, Anggota Polis Disiasat SPRM Didakwa

     

    Seramai 16 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat di empat buah negeri yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah, hari ini.

    Mereka yang dituduh merupakan seorang Deputi Supritenden, dua Asisten Supritenden, dua Inspektor dan selebihnya pelbagai anggota berpangkat rendah.

    Lapan daripada mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, empat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan seorang di Mahkamah Sesyen Georgetown.

    Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun denda 10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana lebih tinggi.

    SPRM ingin menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang terkecuali daripada siasatan SPRM termasuk agensi penguatkuasaan jika mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah.

    Agensi-agensi penguatkuasaan ini merupakan harapan masyarakat untuk melindungi mereka daripada sebarang ancaman jenayah selain menjaga keamanan dan ketenteraman negara ini.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    9 MAC 2017

     16 Pegawai, Anggota Polis Disiasat SPRM Didakwa PDF
  • Anggota Badan Bebas SPRM Dilantik Hari Ini

    Anggota Badan Bebas SPRM Dilantik Hari Ini

    PELANTIKAN Seramai 20 anggota badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) telah berkuat kuasa bermula 15 Ogos 2016.

    Daripada 20 anggota tersebut, 13 merupakan anggota PPPR manakala selebihnya dilantik sebagai anggota PPO.

    Pelantikan anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin-pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan; golongan profesional; ahli-ahli akademik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan dan mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009.

    Tempoh pelantikan anggota bagi PPPR dan PPO adalah selama setahun berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Ogos tahun depan.

    Berikut senarai penuh ahli-ahli yang menerima watikah pelantikan:

    Ahli-Ahli PPPR bagi sesi 15 Ogos 2016 - 14 Ogos 2017

    1. YBhg. Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi)

    Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

     

    2.YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz,

    Mantan Ketua Pengarah JAKIM

    3.YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Sham bin Mohd Sani,

    Mantan Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

     

    4. YBhg. Tan Sri Profesor Dato’ Dr. T. Marimuthu,

    Profesor Adjung di Asia e University

     

    5. YBhg. Tan Sri Tang Yeam Soon,

    Pengarah Urusan, The Store Corporation Berhad

     

    6.YBhg. Dato’ V. Danapalan,

    Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI)

     

    7. YBhg. Datuk Hasmi bin Hasnan,

    Pengasas Naim Land Sdn. Bhd.

     

    8. YBhg. Datin Dr. Amla binti Hj. Mohd Salleh,

    Karyawan Tamu di Fakuliti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

     

    9. YBhg. Datuk Baljit Singh Sidhu,

    Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners

     

    10. YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak,

    Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

     

    11. YBhg. Datuk Yusof bin Md. Haslam Khan,

    Pengarah Urusan, Skop Productions Sdn. Bhd.

     

    12. YBrs. Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom,

    Dekan Pengasas & Pakar Psikiatri, Fakulti Perubatan, Cyberjaya University College of Medical Sciences

     

    13. YBrs. Tuan Nasharudin Mat Isa,

    Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF)

     

    Ahli-Ahli PPO bagi sesi 15 Ogos 2016 - 14 Ogos 2017

    1. YBhg. Tan Sri Zaleha binti Zahari (Pengerusi),

    Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan

     

    2. YBhg. Tan Sri Ismail bin Omar,

    Mantan Ketua Polis Negara

     

    3. YBhg. Datuk Azizan bin Abdul Rahman,

    Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad

     

    4.YBhg. Dato’ Dr. Siti Mariam binti Che Ayub,

    Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri

     

    5.YBhg. Dato’ Selva Mookiah,

    Peguambela & Peguamcara di Selva Mookiah & Associates

     

    6.YBhg. Profesor Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus bin Yusoff,

    Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

     

    7. YBrs. Profesor Dr. Yap Bee Wah,

    Profesor Madya di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA

     

    SPRM yang diwujudkan pada tahun 2009 mempunyai lima badan bebas iaitu Jawatankuasa KhasMengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, PPO, Jawatankuasa Aduan dan PPPR.

     

    SPRM satu-satunya agensi penguatkuasaan di Malaysia mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme check and balance.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    15 OGOS 2016

     Anggota Badan Bebas SPRM Dilantik Hari Ini PDF

     

     

  • Dato' Simi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Baharu

    Dato' Simi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Baharu

    Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Dato’ Simi Abd. Ghanidilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM baharu berkuat kuasa 3 Januari 2017.

    Pelantikan beliau adalah untuk menggantikan Dato' Azam Baki yang dilantik sebagai TimbalanKetua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober 2016.

    Dato' Simi menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai Pegawai Siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR).

    Beliau dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 sebelum memegangjawatan sebagai Pengarah BPR Pahang 16 Julai pada 2006.

    Pada 1 Januari 2008, Dato' Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac 2016.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    3 JANUARI 2017

    Dato' Simi Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Baharu  PDF
  • Enam Pegawai Kanan SPRM Ditukar Negeri Dan Bahagian

    SERAMAI enam pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditukar negeri dan bahagian berkuat kuasa 15 Mac ini.

    Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Simi Abd. Ghani dilantik sebagai Pengarah SPRM Johor dan tempat beliau di SPRM Selangor akan diganti oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), Dato’ Norazlan Razali.

    Dato’ Moh Samsudin Yusoff, yang memegang jawatan sebagai Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya pula dilantik menjadi Pengarah SPRM Kelantan bagi menggantikan Datuk Haji Abd. Aziz Aban yang akan mengambil alih jawatan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Sementara itu, Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam, Junipah Wandi dilantik sebagai Pengarah BPIA baharu manakala Dato’ Azmi Alias yang merupakan Timbalan Pengarah SPRM Johor pula dilantik sebagai Pengarah SPRM Melaka.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    8 MAC 2016

    Enam Pegawai Kanan SPRM Ditukar Negeri Dan Bahagian  pdf

     

     

  • Hanya Individu Didapati Bersalah Disenaraikan Dalam 'Name And Shame'

    Hanya Individu Didapati Bersalah Disenaraikan Dalam  'Name And Shame'

     

    BERHUBUNG kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang supaya meletakkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pangkalan data 'Name and Shame' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM ingin menjelaskan bahawa hanya individu yang didapati bersalah oleh mahkamah akan dimasukkan dalam senarai tersebut.

     

    Pangkalan data itu diwujudkan untuk menyenaraikan nama mereka yang telah didapati bersalah dalam kes rasuah, bukannya mereka yang sedang disiasat.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    4 JANUARI 2016

     

    Hanya Individu Didapati Bersalah Disenaraikan Dalam 'Name And Shame'   
  • Isu Banglo: SPRM Tahan Lim Guan Eng Dan Phang Li Khoon

     

    Isu Banglo: SPRM Tahan Lim Guan Eng Dan Phang Li Khoon

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok.

    Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    29 JUN 2016

    PULAU PINANG

    Isu Banglo: SPRM Tahan Lim Guan Eng Dan Phang Li Khoon  PDF
  • Isu Bauksit: Empat Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan SPRM

    Isu Bauksit: Empat Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan SPRM

     

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah tahanan reman ke atas empat individu bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen yang dipercayai ada kaitan dengan perlombongan bauksit secara haram di Pahang.

    Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.

    Majistret Eric Lau membenarkan mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

    Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang bekas pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, yang kini merupakan ahli perniagaan berpangkat Datuk.

    Turut ditahan reman pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, wakil syarikat perlombongan dan seorang pekerja syarikat perlombongan.

    Kesemua mereka yang ditahan reman berumur antara 30-an dan 50-an.

    Tiga antara mereka ditahan di Pahang manakala seorang lagi di Putrajaya.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    21 JANUARI 2016

    Isu Bauksit: Empat Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan SPRM PDF
  • Isu bauksit: SPRM Tahan Tiga Lagi Individu

    Isu bauksit: SPRM Tahan Tiga Lagi Individu

     

    Susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani isu perlombongan bauksit tidak terkawal dan ketirisan hasil kerajaan di Pahang, SPRM telah menahan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi pelombongan bauksit secara haram.

     

    Mereka ditahan semalam, 8 Januari 2016.

     

    Ketiga-tiga individu terbabit ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara pukul 4 petang hingga 11.55 malam.

     

    Kesemua mereka yang berusia antara 44 dan 50 tahun itu merupakan orang awam. Mereka dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong-pelombong tidak berlesen.

     

    Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

     

    SPRM masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lalu.

     

    SPRM turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombongan bauksit secara haram.

     

    DATO' AZAM BAKI

    PENGARAH SIASATAN

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    9 JANUARI 2016

     

    /images/ISU-BAUKSIT-SPRM-TAHAN-TIGA-LAGI-INDIVIDU.pdf pdf
  • Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Sambut Baik Keputusan SPRM Bentuk Panel Khas Berkaitan Kes SRC International Dan Dana RM2.6 Bilion

    Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Sambut Baik Keputusan SPRM Bentuk Panel Khas Berkaitan Kes SRC International Dan Dana RM2.6 Bilion

     

    JAWATANKUASA Khas Mengenai Rasuah (JKMR) menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menerima syor JKMR, yang dibuat dalam Laporan Tahunan 2014 dan diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen pada 1 Disember 2015, agar penemuan dan hasil siasatan kes-kes khas berprofil tinggi dibentangkan kepada satu panel bebas khas sebelum laporan siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk keputusan muktamad.

    SPRM juga telah mengadakan pertemuan dengan saya baru-baru ini dan telah memaklumkan bahawa SPRM akan menubuhkan panel bebas khas yang dimaksudkan, demi kepentingan ketelusan siasatan dan bagi menunjukkan SPRM betul-betul bebas dan profesional dalam menjalankan siasatan.

    Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Y.Bhg Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengurusan Tertinggi SPRM yang bermesyuarat pada 22 Disember 2015 juga telah mencapai persetujuan berkenaan pelantikan ahli-ahli panel bebas khas ini, yang terdiri daripada kalangan profesional dan tidak terlibat dalam parti politik. Sebagaimana disyorkan oleh JKMR, panel bebas khas ini terdiri daripada lima ahli, yang merupakan anggota tiga daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

    Panel bebas khas ini akan melihat dengan teliti segala penemuan siasatan dan syor yang dibuat oleh SPRM berkenaan dengan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dalam kertas siasatan.

    Panel bebas khas ini akan memastikan cadangan yang dibuat dalam laporan siasatan adalah atas merit bukti yang dikutip oleh SPRM.

    Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan siasatan SPRM adalah telus. JKMR yakin pengwujudan panel bebas khas ini, yang julung kali dibentuk, akan menangkis kemungkinan tanggapan atau persepsi negatif terhadap SPRM yang sentiasa menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional.

    Malah, JKMR berpendirian langkah ini penting memandangkan siasatan semasa yang dikendalikan oleh SPRM melibatkan kes khas berprofil tinggi.

    JKMR juga memberi jaminan pembentukan panel khas ini tidak sama sekali mencabar dan menjejaskan segala kuasa Peguam Negara yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam membuat keputusan kerana peruntukan perundangan itu tetap terpelihara.

    TAN SRI ABU ZAHAR UJANG

    PENGERUSI JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH,

    BADAN BEBAS YANG MEMANTAU PERJALANAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 29 DISEMBER 2015

       
  • Kerajaan Negeri Perak Tandatangani IBR Bersama SPRM

    Kerajaan Negeri PerakTandatangani IBR Bersama SPRM

    Kerajaan Negeri Perak hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption Free Pledge yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa.

    Pada majlis tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendahului upacara menandatangani IBR yang disertai sembilan Exco dan tiga ex-officio.

    Majlis yang berlangsung di bilik mesyuarat, pejabat Menteri Besar Perak itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.

    Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas.

    Dengan menandatangani IBR, kerajaan negeri memperlihatkan kepimpinan melalui teladan selain menunjukkan sokongan yang padu kepada inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh SPRM.

    SPRM berharap inisiatif ini dapat menyekat perbuatan atau penglibatan dalam rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi pentadbiran negeri lagi.

    IBR merupakan satu usaha yang diperkenalkan oleh SPRM yang mana ia menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti sebagai individu oleh mereka yang terlibat bagi menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

    Ini adalah kerana rakyat sering memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran institusi perkhidmatan awam.

    Oleh yang demikian, setiap jentera pentadbiran kerajaan perlu mencerminkan wajah institusi yang bersih dan bebas daripada sebarang anasir rasuah.

    SPRM juga berharap negeri-negeri lain akan turut mengambil inisiatif untuk menandatangani IBR bagi menunjukkan komitmen pihak pentadbiran dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PERAK

    29 MAC 2017

     Kerajaan Negeri Perak Tandatangani IBR Bersama SPRM PDF
  • Kes SRC International Dan Dana RM2.6 Bilion: SPRM Akan Respons Arahan Peguam Negara Dalam Waktu Terdekat

    Kes SRC International Dan Dana RM2.6 Bilion: SPRM Akan Respons Arahan Peguam Negara Dalam Waktu Terdekat

     

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima kembali kertas siasatan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion daripada Jabatan Peguam Negara hari ini.

    SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang telah dikemukakan oleh SPRM sebelum ini. Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat.

    Sementara itu, SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar.

     

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    18 JANUARI 2016

    KES-SRC-INTERNATIONAL-DAN-DANA-R-2.6-BILION-SPRM-AKAN-RESPONS-ARAHAN-PEGUAM-NEGARA-DALAM-WAKTU-TERDEKAT.pdf pdf
  • LPPR Yakin Ketegasan SPRM, Perlu Disambut Baik Rakyat

    LPPR Yakin Ketegasan SPRM, Perlu Disambut Baik Rakyat

    Sebagai sebuah badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang 100 hari memegang jawatan berkenaan.

    LPPR yakin langkah pertama yang dilaksanakan oleh Dzulkifli ketika menerajui SPRM dalam tempoh tersebut akan berterusan hingga mencapai matlamat negara bebas rasuah sekali gus membolehkan perkhidmatan terhadap rakyat dioptimumkan serta pelan pembangunan yang direncanakan oleh kerajaan akan terlaksana sepenuhnya.

    Berdasarkan 'Warkah Terbuka Untuk Rakyat Malaysia' yang disampaikan oleh Dzulkifli sempena majlis 100 hari perlantikan beliau semalam, ia memperlihatkan tekad dan kesungguhan SPRM yang perlu disambut baik dengan kerjasama oleh setiap golongan masyarakat.

    Ahli-ahli LPPR akan terus memainkan peranan dan memikul tanggungjawab masing-masing agar SPRM dapat membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

    Selaras dengan ketegasan yang dinyatakan SPRM itu, LPPR turut berpandangan kerajaan perlu mempertimbangkan semula peruntukan kewangan terhadap SPRM yang berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya seperti dibentangkan pada Bajet 2017 pada Oktober lalu.

    LPPR memahami kehendak kerajaan bagi merancakkan pertumbuhan, memastikan pengurusan fiskal secara berhemah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, justeru fokus pencegahan rasuah juga perlu diberi perhatian penuh demi mencapai matlamat tersebut.

    LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH (LPPR)

    KUALA LUMPUR

    9 NOVEMBER 2016

     LPPR Yakin Ketegasan SPRM, Perlu Disambut Baik Rakyat PDF
  • Mesyuarat Kerjasama Dua Hala SPRM Dan Biro Mencegah Rasuah (BMR), Brunei Darussalam Kali Ke-13

     

    Mesyuarat Kerjasama Dua Hala SPRM Dan Biro Mencegah Rasuah (BMR), Brunei Darussalam Kali Ke-13

    Mesyuarat Kerjasama Dua Hala di antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Mencegah Rasuah (BMR), Brunei Darussalam Kali Ke-13 telah diadakan pada 21 April 2017 bertempat di Negeri Melaka.

    Pada masa yang sama, SPRM dan BMR, Brunei Darussalam telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Kali Ke-15 pada 20 April 2017.

    Mesyuarat ini telah dihadiri oleh lima belas (15) orang Pegawai BMR yang diketuai oleh Tuan Haji Sufian bin Haji Sabtu, Timbalan Pengarah BMR dan Pegawai-pegawai kanan yang lain.

    SPRM pula diketuai oleh YBhg. Dato’ Azam bin Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) dan turut hadir bersama beliau adalah Pengarah Jabatan Siasatan, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Pengarah Negeri Sabah, Pengarah Negeri Sarawak dan beberapa Pegawai kanan yang lain dari Ibu Pejabat SPRM.

    Kedua-dua pihak telah mengambil kesempatan untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kaedah penyiasatan serta transformasi positif ke arah memantapkan lagi keupayaan agensi-agensi pencegahan rasuah dalam menangani kes-kes siasatan rasuah terutama sekali yang melibatkan jenayah rentas sempadan.

    Pada mesyuarat kali ini, kedua-dua pihak SPRM dan BMR telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai salah satu kes yang berjaya dikendalikan melalui penggunaan inisiatif Intelligence Based Investigation (IBI Method).

    Bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara agensi yang bersempadan dengan Malaysia, SPRM telah berjaya menganjurkan Program Kerjasama Tiga Hala di antara SPRM, BMR dan Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB), Singapura pada 22 April 2017 bertempat di Negeri Melaka.

    Antara program yang dijalankan antara ketiga-tiga agensi ini ialah pertandingan futsal, bola keranjang, badminton dan bowling.

    Pada kesempatan yang sama, pihak SPRM juga sedang mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Yang Ke-3 di antara SPRM dan CPIB di Negeri Melaka pada 23 April 2017. Jaringan kerjasama melalui pertemuan Kumpulan Kerja SPRM dan CPIB juga telah membuahkan hasil

    bagi perlaksanaan inisiatif serta kerjasama dalam keperluan-keperluan siasatan dan operasi.

    Jaringan Rangkaian kerja ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pegawai-pegawai SPRM dan CPIB sebagai salah satu cara dalam membantu pegawai-pegawai menjalinkan jaringan kerja (networking) antara kedua-dua agensi, khususnya bagi memudahkan pelaksanaan tugas kedua-dua agensi terutamanya di negeri-negeri yang berdekatan dengan Singapura iaitu Negeri Johor.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    23 APRIL 2017

    PUTRAJAYA

     Mesyuarat Kerjasama Dua Hala SPRM Dan Biro Mencegah Rasuah (BMR), Brunei Darussalam Kali Ke-13 PDF
  • SPRM - LHDNM Jalin Kerjasama Strategik Perangi Rasuah

    SPRM - LHDNM Jalin Kerjasama Strategik Perangi Rasuah

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menjalinkan satu rangkaian kerjasama strategik yang lebih erat dalam usaha membendung dan memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengelakkan sistem percukaian negara.

    Melalui kerjasama strategik ini maka siasatan serta tindakan yang lebih bersepadu dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan bagi memastikan individu-individu yang terlibat dengan jenayah rasuah yang gagal melaporkan pendapatan mereka bagi mengelakkan kewajipan membayar cukai pendapatan akan dapat dikesan dan dikenalpasti dengan lebih efisyen.

    Dalam satu pertemuan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah hari ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dari sudut siasatan, berkongsi maklumat dan pandangan dalam isu-isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemampuan dalam memungut hasil cukai negara.

    Kerjasama strategik di antara pihak SPRM dan LHDNM ini akan memastikan bahawa maklumat mengenai kes-kes jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang disiasat oleh SPRM akan pada masa yang sama dirujuk kepada pihak LHDNM untuk diambil tindakan.

    Melalui kaedah ini mana-mana individu yang terlibat dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa bukan sahaja akan diambil tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], tetapi juga akan turut diambil tindakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], khususnya berkaitan kesalahan pengelakkan pembayaran cukai. Tindakan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh ini diharap akan menghalang dan sekaligus memadam keinginan mana-mana individu untuk terlibat dengan sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

    SPRM dan LHDNM juga berharap inisiatif ini akan menghantar mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa kedua-dua organisasi ini benar-benar serius dalam memerangi dan melumpuhkan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa, serta pada masa yang sama memastikan bahawa sistem percukaian negara terus diperkasa dalam menjana sumber pendapatan negara.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    DAN

    LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    21 DISEMBER 2016

    SPRM - LHDNM Jalin Kerjasama Strategik Perangi Rasuah  PDF
  • SPRM – DBKL Tubuh Pasukan Petugas Khas Untuk Memperbaiki Amalan, Sistem Dan Prosedur Di DBKL

     

    SPRMDBKL Tubuh Pasukan Petugas Khas Untuk Memperbaiki Amalan, Sistem Dan Prosedur Di DBKL

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi meneliti secara khusus isu kelemahan sistem dan prosedur bagi tujuan penambahbaikan dalam usaha memantapkan proses kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

    Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Dato' Azam Baki itu ditubuhkan bagi menutup ruang dan peluang dari berlakunya ketidakpatuhan (non-compliance) dalam pelaksanaan projek-projek di DBKL dengan meneliti punca-punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasinya.

    Pembentukan Pasukan Petugas Khas tersebut merupakan satu usahasama yang diambil selepas beberapa pegawai kerajaan disiasat baru-baru ini atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan. Pasukan Petugas Khas berkenaan dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Bahagian Siasatan SPRM dan Jabatan Integriti DBKL.

    Sebagai permulaan, pasukan ini telah mengenalpasti lima isu berkaitan amalan, sistem dan tatacara kerja yang melibatkan lima jabatan di DBKL.

    Antara isu yang dikenalpasti ialah pengurusan projek perumahan penswastaan, garis panduan pembelian hartanah oleh pegawai dan kakitangan, pemilikan dan pengisytiharan harta, pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA), serta pemantauan pembangunan tanah di ibu negara.

    Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas akan merangka beberapa cadangan kepada pihak DBKL untuk mengukuhkan lagi tatacara kerja pegawai dan kakitangan serta sistem dan prosedur organisasi tersebut.

    SPRM berharap kerjasama antara dua pihak akan membuka ruang kepada agensi-agensi lain untuk turut bekerjasama dengan SPRM bagi membendung perbuatan salah guna kuasa dan penyelewengan sekaligus memperkukuhkan lagi tatacara kerja dalam sektor awam.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    10 SEPTEMBER 2016

     SPRM – DBKL Tubuh Pasukan Petugas Khas Untuk Memperbaiki Amalan, Sistem Dan Prosedur Di DBKL PDF
  • SPRM Alu-Alukan Penyerahan Maklumat Berhubung Rasuah FAM

     

    SPRM Alu-Alukan Penyerahan Maklumat Berhubung Rasuah FAM

     

    BERHUBUNG dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau mempunyai pendriveyang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan Tunku Ismail menyerahkan butiran berkaitan bagi membolehkan SPRM mengambil tindakan selanjutnya.

    Sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    19 JULAI 2016

     SPRM Alu-Alukan Penyerahan Maklumat Berhubung Rasuah FAM PDF
  • SPRM Bekerjasama dengan FBI

     

    SPRM Bekerjasama Dengan FBI

    Berhubung laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menjalinkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Ini kerana keduadua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini.

    Berkaitan kerjasama yang dinyatakan di atas, ia tertumpu kepada kemungkinan perbuatan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan yang dikatakan menipu 1MDB.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    22 JULAI 2016

    SPRM Bekerjasama Dengan FBI PDF
  • SPRM Beri Tempoh Seminggu Serah Kenderaan Pendaftaran Palsu

     

    SPRM Beri Tempoh Seminggu Serah Kenderaan Pendaftaran Palsu

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh seminggu kepada semua pemilik 46 buah kenderaan yang disyaki dibeli daripada sindiket kereta klon untuk diserahkan kepada SPRM.

    Kenderaan-kenderaan mewah tersebut dikenal pasti oleh SPRM ekoran penahanan empat suspek yang mendalangi sindiket pemalsuan pendaftaran kenderaan yang diseludup dari negara jiran menerusi Op Piang yang dijalankan oleh SPRM Kedah dengan kerjasama Bahagian Perisikan SPRM Ibu Pejabat Putrajaya.

    Satu notis akan dikeluarkan kepada setiap pemilik berkenaan mengikut Seksyen 48 (e) Akta SPRM 2009 dan jika ingkar, pihak SPRM akan bertindak mencari dan menyita kenderaan tersebut.

    Pemilik boleh didakwa mengikut Seksyen 69 Akta yang sama yang mana jika disabitkan kesalahan membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

    Kesemua 46 kenderaaan tersebut merupakan antara 67 kenderaan mewah pelbagai model yang dikesan SPRM, daripada jumlah itu SPRM telah menyita 17 buah kenderaan bernilai RM1.7 juta, manakala status empat lagi kenderaan sedang dalam siasatan.

    Nilai pasaran kesemua 67 buah kenderaan tersebut dianggarkan kira-kira RM6.7 juta.

    Semalam, SPRM telah menahan empat individu termasuk seorang kakitangan sebuah agensi penguatkuasaan di Kedah.

    Dua suspek utama iaitu sepasang suami isteri telah ditahan secara berasingan di Kulim dan Alor Setar, manakala dua individu lain ditahan di Kuantan, Pahang dan Bandar Baru Bangi, Selangor.

    Majistret Dalilah Ismail membenarkan SPRM untuk mereman kesemua suspek selama tujuh (7) hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Alor Setar.

    Kesemua suspek dipercayai terlibat dengan sindiket yang menggunakan modus operandi baharu iaitu tidak mengklonkan identiti kereta lupus dari negara jiran tersebut sebaliknya menggunakan dokumen kerajaan palsu untuk pendaftaran kenderaan.

    Sementara itu, pemilik kenderaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kenderaan tersebut, diminta menghubungi Penguasa Kanan Azaha Lias di talian 04-700 1884 atau 012 – 490 5986.

    DATO' SRI AHMAD KHUSAIRI YAHAYA

    PENGARAH PERISIKAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA ALOR SETAR, KEDAH

    21 SEPTEMBER 2016

     SPRM Beri Tempoh Seminggu Serah Kenderaan Pendaftaran Palsu PDF
  • SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Tan Sri Annuar Musa

    SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Tan Sri Annuar Musa

    Berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

    SPRM akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menyiasat beberapa isu melibatkan isu rasuah dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa .

    Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

    Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA. SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

    SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

    PUTRAJAYA

    31 JANUARI 2017

    SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Tan Sri Annuar Musa  PDF
TOP

Visitor Statistic


Today
808
Yesterday
2206
Week
19648
Month
74969

All
2994771