PERLIS, 5 September- National Anti-Corruption Commission (NACC) state of Satun berbesar hati menerima lawatan kerja daripada SRPM Perlis pada pagi ini. PKPj Mohd Shukor bin Mahmud, Pengarah SRPM Perlis bersama pegawai SPRM Perlis telah menerima jemputan daripada pihak NACC untuk mengadakan lawatan ke NACC Satun.

Objektif lawatan ini adalah untuk berkenalan serta membincangkan isu-isu rasuah di sempadan yang dihadapi oleh kedua-dua belah pihak.Ini kerana Satun merupakan sempadan dengan Wang Kelian, Perlis.

Mr Mongkol Wuttinimit, Director of NACC Satun telah memberi sedikit penerangan mengenai Negeri Satun dan aktiviti pencegahan yang dijalankan sepanjang tahun serta program-program yang telah berlangsung melibatkan SPRM  Perlis dan NACC Satun.

Kunjungan SPRM Perlis ke Satun telah disambut baik dengan dibawa melawat ke tapak yang didirikan billboard Pencegahan Rasuah bertempat di sempadan pintu masuk Satun dan Jeti Tammalang.

Turut hadir dalam lawatan tersebut PsK Abdullah b Mohamed Kassim, Timbalan Pengarah Operasi; PsK Wan Nor Laily bt Wan Ahmad, Timbalan Pengarah Pencegahan serta pegawai-pegawai SPRM Perlis.

TOP

Visitor Statistic


Today
75
Yesterday
159
Week
234
Month
3282

All
3404733