Lima Tokoh Terima Watikah Pelantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Dato' Sri Mohd Shukri Abdull telah menyampaikan watikah pelantikan kepada lima tokoh pelbagai bidang sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan yang baharu berkuatkuasa selama tiga tahun bermula 3 Oktober 2018 hingga 3 Oktober 2021, hari ini.

Tokoh-tokoh tersebut terdiri daripada bekas Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Dato' Ahmad Said; bekas Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Muhammad Hatta Ab. Aziz dan bekas Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SPRM, Rohani Kadir yang dilantik semula selepas tamat tempoh keahlian sebelum ini.

Manakala dua lagi tokoh baharu dilantik ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Dr. Tan Weng Wah dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Asariah Mior Shaharuddin.

Pelantikan Jawatankuasa Aduan adalah selari dengan perundangan mengikut Seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang fungsinya untuk memantau pengendalian SPRM tentang aduan salah laku pegawai SPRM yang tidak bersifat jenayah.

SPRM satu-satunya agensi penguatkuasaan di Malaysia mempunyai badan bebas yang bertindak sebagai mekanisme check and balance.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

28 NOVEMBER 2018

 

Lima Tokoh Terima Watikah Pelantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
148
Minggu Ini
860
Bulan Ini
1968

Keseluruhan
3408675