SPRM Tidak Hubungi, Dapatkan Butir Peribadi Menerusi Telefon 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, emel atau apa-apa medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.

Ini berikutan SPRM telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.

SPRM juga berharap agar orang ramai lebih peka serta berkongsi maklumat ini bersama masyarakat sekeliling.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
9 OKTOBER 2018

SPRM Tidak Hubungi, Dapatkan Butir Peribadi Menerusi Telefon  pdf
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
148
Minggu Ini
860
Bulan Ini
1968

Keseluruhan
3408675