SPRM SANGKAL DAKWAAN SIASATAN BERMOTIF POLITIK

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkan kenyataan kononnya siasatan SPRM terhadap seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini adalah bermotifkan politik. Tindakan tersebut dianggap sebagai tuduhan melampau dan melulu yang mencemarkan imej dan reputasi SPRM.

Ingin ditegaskan bahawa SPRM sentiasa bersikap profesional dalam setiap tindakan khususnya semasa menjalankan siasatan rasuah tanpa membabitkan kecenderungan politik.

Setiap penahanan dilakukan SPRM bertujuan menjalankan siasatan berdasarkan asas kukuh dan bukan bersifat politik.

SPRM juga sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan negara sedia ada semasa menjalankan siasatan termasuk berkaitan penahanan dan hak seseorang individu di lokap.

SPRM sentiasa komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu atau organisasi.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama suruhanjaya ini kerana tindakan tersebut akan menjejaskan imej SPRM sekali gus merenjatkan usaha membersihkan negara ini daripada jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
8 SEPTEMBER 2018

 

SPRM Sangkal Dakwaan Siasatan Bermotif Politik  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
76
Semalam
159
Minggu Ini
235
Bulan Ini
3283

Keseluruhan
3404734