SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan

 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan dua kes rasuah berasingan.

Dalam kes pertama, SPRM sedang mengesan Tee Wee Sing, 41, pemegang kad pengenalan bernombor 771221-01-5827 yang beralamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, 83000 Batu Pahat, Johor serta di No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa, 83000 Batu Pahat, Johor.

Sehubungan dengan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Tee boleh menghubungi pegawai SPRM, Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel kepada roazfaniza@sprm.gov.my.

Manakala, SPRM Melaka turut mengesan Ab. Rahim Lajis, 57, yang memegang kad pengenalan bernombor 610101-04-5573 dan mempunyai alamat terakhir di No. 8770-C, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek, 75460 Melaka.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai SPRM, Mohd. Zulhairni Ibrahim di talian 06-289 6000 atau 012-689 9375.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 SEPTEMBER 2018

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1327
Semalam
1424
Minggu Ini
2751
Bulan Ini
22493

Keseluruhan
3387096