SPRM Sahkan Hubungi Datuk Seri Ahmad Zahid Minta Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menghubungi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk beliau menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM pada hari Isnin, 2 Julai 2018.

Beliau dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan dua kes berasingan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid telah dihubungi oleh SPRM pada 27 Jun lalu meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.

DATUK SERI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
1 JULAI 2018

SPRM Sahkan Hubungi Datuk Seri Ahmad Zahid Minta Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM   PDF

 

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
240
Semalam
1313
Minggu Ini
6381
Bulan Ini
19418

Keseluruhan
3384021