Australia Mengalu-Alukan Kerjasama Dengan SPRM

Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski telah mengalu-alukan kerjasama dua hala bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbincangan yang diadakan semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull di ibu pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Australia dan Malaysia mempunyai sejarah jalinan kerjasama yang erat dan dalam pertemuan itu juga, SPRM mengalu-alukan saranan Australia untuk berkongsi pengalaman serta amalan dalam membaik pulih agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Shukri juga telah memaklumkan kepada Goledzinowski bahawa siasatan 1MDB SPRM setakat ini tidak mendedahkan penglibatan Australia dalam skandal tersebut. Andrew juga telah memberi jaminan sekiranya siasatan mendapati penglibatan Australia dalam kes 1MDB, Suruhanjaya Tinggi Australia sedia memberi kerjasama kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia.

Andrew turut diiringi oleh timbalan beliau, Michael Growder; Kaunselor Politik, Nicole Campion; Polis Persekutuan Australia, Sally Macdonald, Penolong Setiausaha DFAT, Jeremy Bruer dan Setiausaha Politik 1, Jane Bartlett.

Manakala SPRM pula diwakili oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd. Shukri Abdull bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil serta Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Dato’ Nor Azmi Karim.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
& SURUHANJAYA TINGGI AUSTRALIA
PUTRAJAYA
28 JUN 2018

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
21
Semalam
204
Minggu Ini
8587
Bulan Ini
26143

Keseluruhan
3319441