SPRM Nafi Dakwaan Beri Kenyataan Isu Penyelewengan Dan Rasuah PAS Kelantan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan YBhg Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah dalam PAS Kelantan.

SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM dan suruhanjaya ini untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini dan tindakan tersebut dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM.

Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM atau suruhanjaya ini kerana tindakan tersebut akan menjejaskan imej SPRM.

DATO’ SRI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
22 JUN 2018

 

 SPRM Nafi Dakwaan Beri Kenyataan Isu Penyelewengan Dan Rasuah PAS Kelantan PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
20
Semalam
204
Minggu Ini
8586
Bulan Ini
26142

Keseluruhan
3319440