Projek Panel Solar: SPRM Nafi Dakwaan Tidak Ambil Tindakan

SUSULAN dakwaan sebuah akhbar tempatan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion, SPRM ingin menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Ingin dimaklumkan bahawa SPRM telah mengambil tindakan proaktif dengan menjalankan siasatan awal terhadap isu tersebut pada awal April 2018 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Pada masa yang sama, SPRM juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan dari Kementerian Pendidikan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Akta SPRM 2009.

Sehubungan itu, SPRM akan meneliti dokumen-dokumen yang telah diambil berkenaan sama ada ia berunsur rasuah dan orang ramai diminta agar bersabar sehingga SPRM selesai menjalankan siasatan terhadap isu tersebut.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
11 JUN 2018
 Projek Panel Solar : SPRM Nafi Dakwaan Tidak Ambil Tindakan PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
171
Semalam
188
Minggu Ini
359
Bulan Ini
7687

Keseluruhan
3399176