Kes SRC International: Dua Individu Penting Diminta Hubungi SPRM Bantu Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta dua individu agar tampil menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dua individu terbabit ialah Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, 47, dan ahli perniagaan, Low Taek Jho, 37, yang turut dikenali sebagai ‘Jho Low’.

Nik Faisal Ariff Kamil yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.

Low Taek Jho pula yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sehubungan itu juga, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua individu berkenaan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757, emel kepada roslihusain@sprm.gov.my atau mana-mana Pejabat SPRM terdekat.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
7 JUN 2018

 Kes SRC International: Dua Individu Penting Diminta Hubungi SPRM Bantu Siasatan PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
907
Semalam
1512
Minggu Ini
7109
Bulan Ini
21883

Keseluruhan
3353139