SPRM Memandang Serius Perbuatan Ugutan Terhadap Pegawai, Laporan Polis Dibuat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius perbuatan individu yang cuba mengugut seorang pegawai kanan SPRM dengan meletakkan peluru hidup serta satu nota amaran berbaur ugutan di dalam peti surat rumahnya, semalam.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dan SPRM menggesa pihak polis untuk menyiasat kes tersebut serta mengenalpasti individu yang berbuat demikian supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut lunas undang-undang.

SPRM percaya perbuatan itu adalah berikutan beberapa kes berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM sejak kebelakangan ini.

Ingin ditegaskan, warga SPRM tidak akan sama sekali tunduk kepada ugutan sedemikian dan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasa gentar.

DATUK SERI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
16 APRIL 2018

 

SPRM Memandang Serius Perbuatan Ugutan Terhadap Pegawai,  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
24
Semalam
148
Minggu Ini
862
Bulan Ini
1970

Keseluruhan
3408677