PELANTIKAN PENASIHAT KEHORMAT KETUA PESURUHJAYA SPRM

 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik empat tokoh masyarakat dalam kalangan golongan profesional sebagai Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pelantikan bagi tempoh dua tahun itu berkuat kuasa mulai 1 Februari 2018 sehingga 31 Januari 2020.

Tokoh-tokoh yang dilantik ialah:

1) Tun Dato’ Seri Zaki Tun Mohamed Azmi

Canselor Universiti MAHSA

 

2)Tan Sri Abu Zahar Dato’ Nika Ujang

Pengerusi Indah Water Konsortium Sdn Bhd

 

3) Tan Sri Dato’ Dr. Ramon V. Navaratnam

Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI)

 

4)Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

 

Penasihat ini berperanan memberi pandangan dan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung dengan tindakan operasi, pencegahan, pendidikan dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti SPRM atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Mereka juga bertindak sebagai key communicator dalam menyampaikan pandangan masyarakat berkaitan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Selain itu, mereka juga berperanan dalam menyampaikan amanat dan hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada masyarakat supaya seluruh warga Malaysia akan berganding bahu dalam memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

SPRM percaya dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang masing-masing, kesemua mereka dapat membantu merealisasikan hasrat SPRM dalam memastikan masyarakat Malaysia menjauhi budaya serta amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Sehubungan itu, SPRM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini dan yakin mereka dapat menyumbang kepada pemantapan tindakan serta usaha pencegahan rasuah dan salah guna kuasa oleh SPRM.

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

30 JANUARI 2018

Pelantikan Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1683
Semalam
452
Minggu Ini
1683
Bulan Ini
12947

Keseluruhan
3254565