SPRM AGENSI PENGUATKUASAAN PERTAMA TUBUH YAYASAN PRIHATIN DAN SEDIAKAN BANTUAN BURSARI

Yayasan Prihatin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat julung kalinya telah menyampaikan bantuan Bursari Pelajaran kepada pegawai dan kakitangan SPRM yang mempunyai anak-anak bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah pada hari ini.

Yayasan tersebut telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 1 Oktober lalu sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan BPR/SPRM dan perasmian kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM.

Bagi penyampaian siri pertama Yayasan Prihatin ini, SPRM telah memperuntukkan sebanyak RM550,000 untuk diagihkan kepada seramai 967 anak-anak pegawai dan kakitangan SPRM termasuk seramai 428 penerima di peringkat negeri.

Sebanyak RM300 akan diberi kepada setiap seorang anak bagi pegawai dan kakitangan gred 52 ke bawah manakala sebanyak RM200 kepada mereka yang berada di Gred 53 dan ke atas.

Majlis penyerahan bantuan Bursari Pelajaran telah diadakan di auditorium Ibu Pejabat SPRM dan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SRPM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
SPRM juga merupakan agensi penguatkuasaan pertama yang telah memberikan bantuan Bursari Pelajaran kepada anak-anak pegawai dan kakitangan agensi melalui yayasan yang ditubuhkan tersebut.

Jawatankuasa Yayasan Prihatin yang telah bermesyuarat pada pada 7 Disember lalu juga telah secara sebulat suara bersetuju untuk memberikan bantuan kepada ahli -ahli bantuan kemalangan, penyakit, bencana, khairat kematian, hadiah bersalin dan perkahwinan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Dato’ Sri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), Dato’ Sri Mohd Jamidan Abdullah dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
PUTRAJAYA
28 DISEMBER 2017

SPRM Agensi Penguatkuasaan Pertama Tubuh Yayasan Prihatin dan Sediakan Bantuan Bursari PDF

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
69
Semalam
140
Minggu Ini
377
Bulan Ini
2492

Keseluruhan
3409199