PENYELEWENGAN DANA, PECAH AMANAH: SPRM AKAN AMBIL TINDAKAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius perbuatan penyelewengan, salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan dana-dana kerajaan yang disalurkan kepada rakyat dan pembangunan negara, termasuk dana orang ramai di syarikat-syarikat swasta.

Perkara ini dapat dilihat dengan beberapa pertuduhan yang telah dilaksanakan oleh SPRM baru-baru ini.

Pada 2 Januari 2018 yang lalu, Zamrud Mansor, 77, dan anaknya, Hazizul Zamrud, 44, masing-masing bekas pegawai dan pegawai kanan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) didakwa melakukan pecah amanah dengan membuat pembayaran sebanyak RM4.3 juta kepada Syarikat MISDEC Resources Sdn. Bhd. dan RM280,000 kepada tujuh syarikat pembekal lain atas pelbagai urusan.

Perbuatan penyelewengan, salah guna kuasa dan pecah amanah ini juga didapati telah berlaku di syarikatsyarikat swasta.

Hari ini, bekas Pegawai Eksekutif DKSH Transport Agencies (M) Sdn. Bhd., Chan Foo Chin telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru oleh SPRM untuk pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah amanah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan dana syarikat dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM864,000.00 melalui tiga transaksi cek.

DKSH merupakan sebuah syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Saham Berhad.

Justeru itu, SPRM menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat-maklumat berhubung rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pecah amanah melaporkan kepada SPRM supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

SPRM akan terus memastikan dana-dana yang diperuntukan ini sampai kepada masyarakat atau golongan sasaran seperti yang telah ditetapkan dan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pecah amanah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 JANUARI 2018

Penyelewengan Dana, Pecah Amanah: SPRM Akan Ambil TindakanPDF

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1330
Semalam
1424
Minggu Ini
2754
Bulan Ini
22496

Keseluruhan
3387099