SPRM KESAN DUA INDIVIDU BANTU SIASATAN PEMBELIAN TANAH BERNILAI RM155 JUTA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah yang bernilai kira-kira RM155 juta.

Individu tersebut ialah Datuk Peter Anthony, 46, mempunyai alamat terakhir di House No. 20 Taman Cantek Phase 4, Lorong Bunga Dahlia 3, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, yang mempunyai alamat terakhir di Lot 8- G, Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu. Kedua-duanya diberi tempoh selama 48 jam untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Negeri Sabah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan penyiasat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Kanan Penguasa, Mohd. Tharuzi Mohd. Nor di talian 013-9557850.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 JANUARI

SPRM Kesan Dua Individu Bantu Siasatan Pembelian Tanah Bernilai RM155 Juta PDF

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1334
Semalam
1424
Minggu Ini
2758
Bulan Ini
22500

Keseluruhan
3387103