SPRM AKAN MEMBUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG PEMBOCORAN DOKUMEN

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius pembocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan melibatkan kes bekas Exco Negeri Johor yang disiasat SPRM pada awal tahun ini di media sosial.

Ingin dinyatakan, dokumen kenyataan rakaman percakapan salah seorang tertuduh telah diberikan kepada peguambela atas permintaan mengikut undang-undang sedia ada untuk tujuan pembelaan selepas suspek dituduh.

Berhubung satu jadual pembayaran yang dimuat naik di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan tersebut, SPRM berpendapat ia telah sengaja diada-adakan untuk mengelirukan masyarakat.

Memandangkan kes melibatkan bekas Exco Negeri Johor masih dalam perbicaraan, maka SPRM khuatir pembocoran dokumen-dokumen tersebut akan mengganggu prosiding mahkamah.

Oleh yang demikian, SPRM akan membuat satu laporan polis berhubung pembocoran tersebut supaya mereka yang bertanggungjawab menularkan dokumen-dokumen itu diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Ingin ditegaskan, pembocoran kenyataan sedemikian adalah bersifat prejudis memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan mahkamah.

 

DATO’ SRI AZAM BAKI

TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

28 NOVEMBER 2017

SPRM Akan Membuat Laporan Polis Berhubung Pembocoran Dokumen PDF

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
50
Semalam
432
Minggu Ini
1048
Bulan Ini
4827

Keseluruhan
3210060