Razali Ketuai Delegasi Malaysia ke Perhimpunan Anggota IACA Ke-6

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Anggota Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA) Ke-6 yang bakal diadakan bermula 2 hingga 4 Oktober ini di Sharm el-Sheikh, Mesir.

Delegasi tersebut turut disertai tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, S. Karunanithy; Pegawai Integriti di Jabatan Perdana Menteri, Norliza Adenan; dan Ketua Unit Pemeriksaan & Perundingan SPRM Pulau Pinang, Teh Chong Earn.

Perhimpunan yang diadakan setahun sekali itu bertujuan untuk menghimpunkan anggota IACA bagi mengadakan rundingan berhubung dasar keseluruhan IACA dan perkara-perkara lain yang tertakluk di bawah Perjanjian IACA.

IACA mempunyai 71 keanggotaan terdiri daripada 68 buah negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala selebihnya daripada organisasi antara kerajaan, iaitu European Public Law Organization, International Centre for Migration Policy Development dan International Organization for Migration.

Bagi menunjukkan komitmen dalam memerangi rasuah, IACA telah menjalinkan kerjasama dengan institusi sektor awam dan swasta serta organisasi antarabangsa di seluruh dunia dan antara usahasama yang terjalin tersebut termasuk penukaran informasi dan maklumat, membangunkan inisiatif pencegahan rasuah serta menyalurkan bantuan teknikal.

Antara pertubuhan yang menjalinkan kerjasama erat bersama IACA ialah United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), INTERPOL dan European Anti- Fraud Office (OLAF).

 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
29 SEPTEMBER 2017

Razali Ketuai Delegasi Malaysia ke Perhimpunan Anggota IACA Ke-6 PDF

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910