SPRM akan mengemukakan rayuan berhubung pembatalan reman ke atas Phee dan dua lagi individu

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang telah membatalkan tempoh reman selama lima hari ke atas EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Poh bersama pengarah dan pengurus kilang haram yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Georgetown pada Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, SPRM tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed yang telah membatalkan perintah reman yang dikeluarkan oleh mahkamah majistret tersebut dan akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

SPRM memandang serius perkara ini kerana keputusan tersebut juga telah menjejaskan proses siasatan oleh pasukan penyiasat yang sedang giat melengkapkan kertas siasatan berhubung penglibatan Phee dan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

14 OGOS 2017

SPRM akan mengemukakan rayuan berhubung pembatalan reman ke atas Phee dan dua lagi individu  PDF

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
74
Semalam
204
Minggu Ini
1214
Bulan Ini
3817

Keseluruhan
3202910