SPRM Jalin Rangkaian Kerjasama Dengan NCCIM Perangi Rasuah Dan Salahguna Kuasa

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah mewujudkan satu rangkaian kerjasama sebagai satu usaha keduadua pihak dalam memerangi gejala rasuah dan salahguna kuasa.

Usaha ini selari dengan kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang dilancarkan SPRM untuk membersihkan negara daripada anasir rasuah dan salahguna kuasa.

Kerjasama ini merupakan hasil perjumpaan yang diadakan oleh SPRM dan wakil-wakil daripada NCCIM bagi membincangan isu-isu rasuah yang melibatkan Ahli-ahli perniagaan.

Perjumpaan yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad itu turut dihadiri oleh Presiden NCCIM, Datuk Ter Leong Yap, Naib Presiden, Tan Sri Kenneth Eswaran dan Datuk Wira

Jalilah Baba, Setiausaha Agong, Dato' Syed Hussein Al-Habsee, Bendahari, Dato' Low Kian Chuan dan Timbalan Setiausaha Agong II ACCCIM, Michael Chai.

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak juga telah bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu membabitkan rasuah dan salahguna kuasa serta bersetuju untuk mengadakan program-program kesedaran anti-rasuah dalam kalangan Ahli-ahli NCCIM.

Ahli-ahli perniagaan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Oleh yang demikian, kerjasama ini dipercayai ia mampu merancakkan lagi aktiviti perniagaan dan industri di samping meningkatkan kestabilan ekonomi serta pembangunan negara.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

25 MEI 2017

  PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
112
Semalam
199
Minggu Ini
1181
Bulan Ini
5031

Keseluruhan
3196550