SPRM Kesan Dua Individu Bagi Bantu Siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan terhadap dua kes rasuah berasingan.

Dalam kes pertama, SPRM sedang mengesan seorang individu warganegara Malaysia berhubung siasatan transaksi pembayaran melibatkan sebuah syarikat swasta dari luar negara.

Individu tersebut, Tan Ewe Guan, atau lebih dikenali sebagai Dato' Tony Tan, 69, dikesan mempunyai alamat terakhir di 81, USJ 11/3B, UEP Subang Jaya, 47400, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Ewe Guan menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Ketua Penolong Kanan Penguasa, Zolkifli Kasim di talian 03-8886 7573.

Sementara itu, SPRM Negeri Perak pula sedang mengesan seorang wanita warganegara China bernama Wu Jing bagi membantu siasatan kes rasuah.

Wu Jing yang memegang pasport bernombor G 2873092 mempunyai alamat terakhir di No.1/2014, Villa Pandan, Jalan Pandan Indah 1/16, Pandan Indah Ampang, Kuala Lumpur.

Wanita terbabit kali terakhir dikesan memasuki negara ini pada Februari 2015 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat PKPs T.Yogeswari di talian 05-5267000 atau 016-6634459.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA

3 MEI 2017

 SPRM Kesan Dua Individu Bagi Bantu Siasatan PDF
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1151
Semalam
1385
Minggu Ini
1151
Bulan Ini
78128

Keseluruhan
2997930